Imigresen tahan enam PATI warga Indonesia, masuk Malaysia secara haram
jmsi'
luwu'

Imigresen tahan enam PATI warga Indonesia, masuk Malaysia secara haram

Minggu, 01 Januari 2023,


KUALALUMPUR.WARTASULSEL.ID-29 Disember - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan enam orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memasuki negara ini secara haram menerusi satu operasi khas melibatkan sepasukan pegawai imigresen dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas JIM yang dijalankan di Terminal Bas Bersepadu (TBS) Kuala Lumpur, pagi semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud menerusi satu kenyataan memaklumkan pasukan operasi telah berjaya mengesan bas yang membawa sekumpulan enam orang PATI di laluan Lebuhraya Pantai Timur dan mengekori mereka sehingga ke TBS.

Tambah beliau, enam PATI warga Indonesia yang ditahan itu dipercayai menaiki penerbangan dari Indonesia dan menjadikan negara jiran, Thailand sebagai transit sebelum memasuki Malaysia melalui laluan haram di Sungai Golok, Kelantan.

Kesemua mereka mengaku tidak melalui pemeriksaan imigresen semasa masuk ke Malaysia dan memaklumkan segala urusan berkaitan pasport diuruskan oleh pihak sindiket semasa mereka berada di rumah transit penampungan.

Tujuan mereka masuk adalah untuk bekerja semula sama ada dengan bekas majikan atau majikan baharu di sekitar Kuala Lumpur yang telah diatur oleh pihak sindiket.

Kumpulan PATI ini mendakwa membayar antara RM5000 hingga RM6000 kepada ejen di negara asal untuk urusan pakej kemasukan ke negara ini.

Kesemua warga asing berkenaan kini ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007

*ATIPSOM*
1'
2'
3'

RINGKASAN AKUN PEMERINTAH KAB. BONE T.A. 2025

TerPopuler